Wednesday, August 26, 2009

welcome to the new world!!

untuk 2nd baby ni, actually tak decide dari awal nak besalin kat ner. memula tu ingat nak continue kat GMC jer. but bila pikir kos dan service diorang, hmm cam nak beralih angin plak. tup tup dengo orang cakap kat hospital skang pun bleh mintak 1st class yang layanan dia lebih kurang private, doktor bleh pilih doktor pompuan dan yang paling penting kos dia murah skit huhu.

so kitorang pun decide gi buat checkup kat hospital selayang dan pilih doktor Haliza. time first check up tu, doktor cakap semua ok, baby dah very deep engage, dan maybe dalam 2 minggu lagi akan keluar.

Pagi 28.7.09 tu, han cakap dah sakit sikit, so dia gi opis sat setle pe benda yang patut pastu dalam kul 12 kotirang terus g hospital selayang.

Bila diorang chek, cakap dah buka 3 cm dan terus kena masuk labour room. Tunggu punya tunggu, sampai kul 4 baru buka 5 cm.

Dahtu doctor cakap baby stress dan pebenda lagi ntah yang aku pun tak paham. Then diorang cakap nak tak nak kena operate. Hmm since tak de choice lain, potong jer lah.

Masuk bilik bedah dalam kul 5.30, 6.30 baby dah keluar, alhamdulillah, semua selamat… lega…

Kitorang terpaksa bermalam kat spital tuh 4 hari 3 malam. Nasib baik bilik selesa dan service ok ler jugak. Bleh ler bawak wii bagi ilang boring



ni gambo beberapa minit selepas selamat dibedah.

ni ler rupa uri, aku pun tak penah tengok sebelum nih, tetiba kena basuh dan tanam. time fathi dulu, bidan tu dah basuh sesiap dan bungkus, tinggal tanam je. but this time, biasa ler spital tak de masa diorang nak tolong huhu.

dah kemas-kemas nak balik setelah berkampung 4 hari kat sini

1 comment:

Mrs.Amir.K said...

tahniah.waaaaaaahh..bestnye hosp selayang ..nyesal pulak tak bersalin kan Nadiah kat hosp selayang.Kelas 1 dia bagus bangat dari HKL..oppss..

hehehehe..anyway..alhamdulillah selamat gak bersalin