Saturday, July 5, 2008

happy birthday KHAIRUL junior!!!

19.06.2008
emm cam sekejap jerk... sedar-sedar dah setahun rerupanya... rasa cam teringat-ingat lagi time ni... setahun lepas, masa tu kat kat Gombak Medical Centre... tengah pucat separuh mati ... hehe. fathi plak dah banyak yang pandai:-

- jalan dah dapat lesen L
- mulut bising tu memang dari dulu
- salam, cium, pastu wat flying kiss huhu comel ...
- kalu tanya"who is khairul fathi?" terus dia angkat tangan.. hmm mak dia ler yang ajo tu
er pape pun, Selamat Hari Jadi ... moga jadi anak yang soleh sok sok
haa ni ialah sebutan "Happy Birthday" dari beberapa jenis bahasa..

Afrikaans
Veels geluk met jou verjaarsdag!
Albanian
Urime ditelindjen!
Alsatian
Gueter geburtsdaa!
Amharic
Melkam lidet!
Arabic
Eid milaad saeed! or Kul sana wa inta/i tayeb/a! (masculine/feminine)
Armenian
Taredartzet shnorhavor! or Tsenund shnorhavor!
Assyrian
Eida D'moladukh Hawee Brikha!
Austrian-Viennese
Ois guade winsch i dia zum Gbuadsdog!
Aymara (Bolivia)
Suma Urupnaya Cchuru Uromankja!
Azerbaijani
Ad gununuz mubarek! -- for people older than youAd gunun mubarek! -- for people younger than you
Basque
Zorionak!
Belauan-Micronesian
Ungil el cherellem!
Bengali (Bangladesh/India)
Shuvo Jonmodin!

Friday, May 23, 2008

my journey to Sulawesi

Khamis 15.05.08
tup tap ... ape yang aku rancang 2 bulan lepas dah sampai pun hari ni, nak ke Sulawesi setle kan masalh kebun kat sungai boh tu... hmm best la gak rasa, bleh gi jenjalan & jumpa sedara kat sana, last gi tahun 2005, ngan Han & makcik Becik... er rasa cam masa berlalu terlalu pantas plak... cam baru je lagi 2005 tu ..

Bangun … sesiap ... kemas beg, pepagi lagi dah nak kena gi renew passport. Kul 7 kuar rumah, gi Pejabat Imegresyen Wangsa Maju, sampai kul 7.20, gi amik gambo dulu kat kedai sebelah tu, kena lah gak bayo RM10 tuk 4 keping gambo, padahal nye kos 40 sen je… tapi dah terpaksa nak wat cam ner… kaunter bukak kul 7.30, dapat no 2, so tak lama ler nunggu. Lepas bayar RM300, kena tunggu sejam baru siap… sesambil tu gi ler makan kat kedai mamak sebelah tu.

Kul 10.00 han datang, pinjam kereta ija, office-mate dia… gi amik mak ngan ayah kat sentul, terus jalan gi KLIA.

Sampai KLIA kul 12.00, terus gi check in, pas tu kena tunggu kat boarding area tu dalam setengah jam, kul 1.30 dah naik filght. Hmm flight Lion Air ni agak tak baru jugak ler, padat, tapi tak penuh pun, bab makan yang tak best, bagi air kosong jer, nasib baik aku bawak roti, kalu tak kebulur.

Sampai Jakarta kul 2 lebih, jam dia lewat satu jam dari Malaysia, kena tukar teminal dulu ke domestic terminal 1, sampai sana check in barang, pastu g sembahyang kat level 2, pastu gi tukar duit kat international airport. Cari punya cari, majority sold at RM1 = IDR 2800, tapi ade yang bagi IDR 2750. best price dapat IDR 2850. dah tu baru gi makan kat restorant dekat situ je. Mak ngan ayah makan nasi, lauk sedap la gak, aku ni dah lama kepingin bakso indon, so order bakso je, 3 orang makan dalam 75,000, dalan RM26 kira ok la tu. Dah tu releks kat Singa Lounge, sembahyang magrib + isyak, sekali ngan tengok Uber Cup, Indon vs Korea. Flight gi Sulawesi (ujung Pandang) lewat sejam, kul 10 baru jalan.

Sampai sulawesi dah kul 1 malam, jam kat sana cepat 1 jam dari Jakarta, kiranya sama cam jam kat Malaysia. Sampai ... Hendra, Hj Munawarah ngan lelain dah tunggu. Amik luggage terus gi umah Hendra dulu. Sampai sana dah ramai yang ade. Bebual jap, sempat makan kuih, pas tu tidor, penat satu hari bejalan.

Jumaat 15.05.08
Pepagi lagi ayah ngan mak dah kecoh bebual kat depan, memacam cerita keluar. Maklumler banyak sangat yang nak di cerita. Sarapan kuih, hmm banyak gak kuih yang tak pernah jumpa kat sini, termasuk la jalan kotek, kalu kat sini lebih kurang karipap, Cuma inti dia lain skit. then gi ikut hendra pi pharmacy beli ubat gatal mak, tangan dia kena ulat bulu. Pastu gi jenjalan kat Universiti tempat hendra ngajar (UNHAS), besar gak kawasan dia, Cuma tak ler canggih cam UIA. On the way, jumpa orang tengah wat demonstrasi kenaikan BBM (minyak la tu).

Sembahyang jumaat kat masjid sebelah umah hendra jer, then lunch kat umah Hj Wati, pun dekat jer ngan umah hendra. Pas tu gi cari Notaris (pesuruhjaya sumpah) sampai malam! Penat giler, 6 jam kot dok atas moto hari ni, dengan traffic dia punya la teruk… asap ngan abuk jer penuh kat jalan.

Makan malam kat umah Hj wati, sekali ngan tengok semi final Thomas cup, Indon vs koria, indon kalah 3-0, balik sabriani (ceceng) ajak tido umah dia, but kereta dah tak muat, so tido umah hendra jer. Tido lewat siapkan surat ngan form nak sign esok.

Sabtu 17.05.08
Bangun siapkan surat ngan form. Ceceng datang amik bawak gi umah Hj Munawarah kat Bandar. Sampai sana jumpa ramai sedara yang jumpa 2005 dulu, tima datang ngan makcik & han.

Gi tempat Notaris naik 2 ven, semua ikut, Mesra, Hj Munawarah, Hj keteng, Pammong, Siti MK, Marhawani, Isteri Mastur, Hj Munik, Aminuddin, Ceceng. Kena bayor banyak la gak, 1.5 juta, dalam RM500, kalu kat sini RM30 je, cekik darah betul diorang ni.

Pastu gi umah Hj Munik, cantik! Sebalah umah Gabenor. Makan popiah ngan jalan kotek, tumpang sembayhang sekali. Pastu gi Mall, shopping time!!

Benda first aku kena beli SELIPAR!!! Dah nak tercabut dah, malu bleh tahan. harga ... 57,500 cantik la gak, pastu gi beki ticket nak balik isnin. Pastu gi pasar nak tengok blazer. Tapi dah lewat, banyak kedai dah tutup, sok kena datang tengok semula.

Malam gi umah aminuddin, menantu Hj kateng, mak nye Puteri yang comel tu. Pas bebual kejap, sampai time makan, ni yang ditunggu-tunggu ni. Kat sini lauk memang sedap-sedap. Ikan bakar, ayam rendang ape ntah, ade plak sambal ape ntah sedap, bertambah tambah ler aku … hehe.

Balik umah hj Munawarah, ramai dah tunggu. Ade doctor pakar tulang tu ngan wife dia. Anak dia yang sihat tu pun ader. Wife acok pun ade, sekali ngan baby dia, baru 3 bulan, kembar, comel. Dok kat atas je tengok Uber Cup final Indon vs China, final. Indon kalah teruk 3-0. sesambil tu berbual ngan diorang kat atas.

Tidur dah lewat gak, nyamuk banyak giler, padahal dah pasang ubat nyamuk pun tak layan nyer, sampai aku plak yang tak bleh bernafas. Akibatnya, abis bebintik tangan ngan kaki.

Ahad 18.05.08
Sarapan cam biasa, nasi gak… abis ler betambah berat aku … kat sini makan tido jer, masak dia sedap-sedap plak tu. 3 hari dah naik 4 kg... bor brtul!!! Pastu gi ikut Achok tukar duit kat Bandar. Pusing punya pusing, semua money changer tutup. Last last tukar ngan Achok jer. Pusing-pusing kat pasar, beli buah salak, bila Tanya dia cakap 12,000 tapi bleh dapat 5,000 jerk, punya la banyak beza dia. Kain batik kat sini pun murah, 10,000 sehelai, dalam RM3.50 ler.

Makan tengah hari soto makassar, lebih kurang cam soto kat sini, Cuma nasik dia pakai burasak, sedap bleh tahan. Pastu mak sambung shoping, ntah pe yang di beli. Aku just beli hand beg kat Han, kacang gajus 20,000 (RM 7 per kg) then gi jenjalan ja kat mall ngan ayah. Balik naik beca (6,000).

Pas magrib kemas barang, mlm ni tido umah ceceng. Husband dia, Pengeran datang amik. Sampai umah dia, makan…. Lauk best giler, ade udang, ikan baker besou, memacam lagi. Hmm ak memang jenis tak tolak punya, betambah sampai. Pas makan ceceng nak ajak gi Mall, but pengiran nak gi jumpa kawan lama dia. Aku joint sekali, punya la kecoh sorang tu, gi pusing-pusing ngam minum kat tepi laut.

Tido lewat, borak-borak ngan diorang. Dah kat seminggu tido panas malam ni ade aircond… uuuuhhh lega rasa.. baru terasa nikmat tido sebenar, nyamuk pun tak der sangat.

Isnin 19.05.08
Sesiap awal, flight kul 9. kul 7.30 dah nak kena keluar rumah. Ramai gak datang pagi tu. Pak mastur pun joint sekali. Pas amik gambo, betolak gi airport, pengeran anto. Jalan jam la jugak.

Sampai airport, check in, terus dah nak jalan. Naik boing, terasa dia punya laju lain dari kapal kecik tu. Sampai Jakarta kul 11. setle ayah punya barang, makan tgh hari (15,000 sorang, not bad) anto ayah check in gi batam. Tunggu busra sat, pastu naik prebet sapu gi Bandar Jakarta (120,000). Sampai kedutaan Malaysia, tutup plak!!! Isyk penat bekejo. Naik ojek (moto teksi) kena tipu jer, dia nak charge sampai 100,000, bongok betul!!! Aku bayo 60,000 je. Stay kat Menteng Hotel (250,000), penat!!! Nak tercabut kaki… tido dulu..

Malam naik tuk-tuk gi jalan kat bando (20,000). Gi makan gado-gado ngan bakso kat mall. Pas tu jenjalan jap. Penat balik hotel. Kul 10 keluar, hajat nak gi tengok movie, but semua dah tutup. Hmmm pusing-pusing je la kejap.

Selasa 20.05.08
Pepagi lagi dah pegi kedutaan. But still tak bleh proceed gak, kena gi jumpa badan kehakiman ngan dalam negeri dulu. Isyk… banyak betul songel dia. Penat je la jawabnye. Balik hotel kemas2, naik teksi gi Tanabang suruh dia tunggu jap, pas tu anto gi airport (170,000) kat tanabang murah giler baju, rambang mata, but ade sejam jer… pusing punya pusing, tak sempat beli pape pun. Just beli makan kat KFC. Memandangkan dah lama ngidam twister, aku beli sampai 3, buat makan atas flight nanti. Mak cam biasa, sempat plak dia memborong banyak benda dalam masa sejam tu.

Sampai airport, check in, terus naik flight. Penuh kali ni, tapi dapat seat best, cam 1st class je hehe. Betolak kul 1.30 sampai Batam kul 4 ayah ngan abg Ali dah tunggu. Naik teksi terus gi umah dia. Sampai umah jumpa Hj Rahsyid, nampak sihat lagi, just jari kaki dia je kena potong pasal kencing manis.

Petang minum-minum sambil bebual, baru citer pasal kadir.panjang betul bincang, memang orang tua ni jenis yang tak bleh tolak ansur. Last-last aku kena ikut gak cakap dia, kalu tak benda ni jadi lagi panjang, memang tak abis.

Time makan malam ni memang aku tunggu, especially ayam penyek, dah lama teringin. ade lagi lauk lain yg sesedap plak tu, ikan, daging, ulam, memacam lagi ler. Pas makan sambung beborak sat, gi kedai Photostat, pastu dah tak der pape, tido awal. Sok pepagi dah nak balik JB.

Rabu 21.05.08
Kelaur umah kul 8.00, kalu sempat nak naik feri 8.30, but sampai pun dah 8.30, gate dah tutup. So kena naik yang kul 9.30, harga tiket 230,000 sorang, dah campur tax sekali. Cam murah lagi kalu naik flight je.

Sampai JB kul 12, abg Fadhli amik. Warkghh lega rasa berpijak di bumi sendiri. Time keluar, kena tahan ngan kastam, nasib baik tak bukak beg aku, kalu tak kantoi, penuh ngan kain batik!!!

Relex jap kat umah, luch, amin anto gi Larkin, naik bus kul 4.30, ape lagi, tido … zzzzz samapi kl kul 8, han amik, isyk rindunye … pegang fathi pun dah rasa lain, tengok plak ade gigi sebatang hehe… comel .

after all... happy sesangat .. bleh cakap mission accomplished!! dapat jumpa semer, dan semer dah sign. anyway, million thanks to :-

- hendra & wife
- bung Mesra, Munawarah, wati, ramlah
- hjh kateng, sitti, rasyid
- aminuddin, ahmad, Hjh unik, Hjh Munik
- and all of you whom i can't remember the pelik-pelik name

Sunday, March 9, 2008

Hajjah Nafisah, Moga roh nya dicucuri rahmat

05 March 2008, 7.00pm

Hospital Sultanah Aminah

setelah hampir 2 bulan tabah menghadapi hari-hari terakhirnya, makcik akhirnya dijemput kembali ke pangkuan Ilahi, moga rohnya dicucuri rahmat, AMIN.

aku...
sedih sangat sebenarnya, dia antara insan yang paling rapat, banyak sangat terhutang budi, tak terbalas rasanya. lagi pulak cam cepat sangat dia pegi. dua bulan lepas, dia memang sihat walafiat, tup tap dengo dia masuk hospital pontian sebab sakit jantung & perut dia kembung. time tu tak banyak yang berubah, dia still ceria cam biasa. masih lagi bleh gelak ngan lawak bodoh aku ni.

20.02.08
mak cakap nak bawak makcik gi kat sempang renggam, berubat homopaty, aku awal-awal lagi tak setuju, iye lah, sakit tu dah jelas kena buang air dalam perut tu, lagi diaorang nak bawak kat memana ntah. aku call Dr salleh mintak nasihat, dia cakap, nak buang air tu just go through simple procedure jer, dia masuk jarum kecik jek. bukan tebuk yang macam diorang cakap tu. tapi makcik bibah degil gak, last-last mak cakap "bagi la dia puas hati" .... hmmm sabo je lah

21.02.08
syed agil datang amik makcik & hantar kat simpang renggam tu.

minggu-minggu berikutnya, aku selalu call tanya perkembangan dia, makin lama nampak makin teruk, aku cakap kat mak bawak keluar dari simpang renggam tu, tapi diorang degil gak.... isyk ape ntah caya sangat kat berubat cam tu.

23.02.08
abis class kul 6 aku balik jb, sekali ngan makcik bedah, sampai jb kul 1 malam, tengok makck dah kurus giler, tinggal tulang ngan kulit jer, sedh tengok. puas pujuk g spital, at last dia setuju gak.

24.02.08
bawak makcik gi hospital besar sultanah aminah jb, terus ekna tahan kat wad. dah setle semer, aku kitorang betolak balik KL.

26.02.08
dok kat KL rasa tak tenang, teringat manjang kat makcik, so aku decide balik JB. gi hospital, jaga dia jap, aku gi jumpa ngan doctor, punya ler terkejut, dia cakap maybe suspect cancer @ tibi. then dia cakap buat masa terdekat ni susah nak sembuh. pastu kena tunggu lagi sebulan baru tau sakit per. so, aku decide bawak gi pakar puteri.

28.02.08
dah nak balik KL, aku salam, pesan kat dia, banyak besabo ngan selalu doa, dia cakap doakan dia sembuh, aku cakap setiap waktu, setiap lepas sembahyang aku doakan dia. tak sangka, tu perbualan aku yg terakhir ngan dia.

06.03.08
mak call cakap makcik dah cam tak sedar, kena bawak gi spital semula. dia suruh balik. kul 6 abis kerja terus bersiap, kul 7 on the way, baru sampai batu caves, mak sms, makcik dah tak der! innalillah... cam teberenti dunia jap... tengah drive ... berpinar rasa... Allah lagi sayang kat dia.
sampai jb kul 12, dah ramai orang kat umah, jenazah makcik dah terbujur kat ruang tamu. baca yasin, tengok muka dia... kaku... tak der lagi senyuman ... moga rohnya dicucuri rahmat!!

07.03.08
lepas dah mandi semua, aku jadi imam sembahyang jenazah, syahdu sangat, cam tak der kekuatan nak berdiri. pastu kebumi kat batu 5.

hmm time sebelum jenazah diusung keluar, ramai yang menangis, sedih nampaknya ... tapi aku terpikir ... dalam reramai tu, ade gak yang ... masa makcik idup, diorang tak hargai pun ... tapi bila orang tu dah tak der baru nak sedih
... dah terlambat ... tak guna ...

Monday, January 28, 2008

memorable Long Call


a little info on my chambering.

i read my pupilage at the chamber of Mrs. Azman sazira & Pertners, under the guidance of Mr. Azman Jaacob, a very humble and knowledgeable person, on 06 February 2007. that means i finished my chambering on 06 November 2007 (exactly 9 months). errr ... Fairuz was the responsible guy who brought me there and introduce me with the firm (he was the legal assistance there at that moment).

after fulfilling my 9 months, i submited my Form 6,7 & 8 at RKK and been told by the clark that the earliest date available for long call was on early March 2008... which means i have to wait for another 4 months!!! then one friend of mine suggested that to get earlier date, i can apply to make a long call at other High Court. hmm quite a good suggestion i thought. so without getting others opinion, i simply apply to JB's Hight Court. after several weeks, i had been inform that my long call's date was 21.01.2008... i feel happy for that earlier date ..... but then the problems come....

one morning, a lady call me ... i naver heard about the voice ... introduce herself as nurhayati ... (Ayatt) ... hmm when she start to talk about long call at jb, i feel litle nervous ... her long call would be heard same day as mine ... and after she hang up, i realise that i was in ral trouble ... it seems that i was chosing the wrong place to do my ong call ... huhu ... i really hope to change it back to KL, even i had to wait it longger.

hmmm the procedure at jb was totally different from practice in KL. they make the ceremony more grand... (means more money of course) ... hmm we, as the pupils had to book invitation card, same as "kad kawin" tu. then the card had to be served personally to all judges including magistrates and PKP. not to forget also to several closed friend lawyers, to all members of the JB's bar and to our mover of course.

the other difference is that, there should be one mover for one pupil, and the mover must be a senior lawyer, and know to the judge. beside, we have to consult or known to our mover before the petition day, otherwise, he will not move our petition. wargh ... scary to heat. in kl, the procedure is much much simpler. i heard that many pupil just meet the mover 15 minute before the call and it is normal for one mover to move many pupils. but what to do ... orang kata, masuk kandang kambing kena ler mengembik... iye dok?

at the begining, cuak la gak ... but so thanks to yatt for help me out ... thanks yatt ... thanks (10x) ... she was doing everythings ... can say nearly 90% ... and i cant imagine what will happen if she was not around. then i went back to Jb for 2 days before long call to setle averything... and finally the time had come.
on that day, Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancarnya... waaaah happy gak, bleh jadi lawyer gak akhirnya hehe...

Monday, January 14, 2008

Let's Pizza

25.12.2007

cuti ... but nothing to do ... just lepak-lepak kat rumah ...

hmm hari ni Juki kawin ... tak pegi pun ... nun kat kelate ... selamat pengantin baru je la ... banyak kali tepon mintak hadiah... hehe ... nanti le kalu jumpa. pape pun, moga berkekalan ke akhir hayat.

er malam plak dah tak tau nak gi mana... kitorang pun gi makan kat pizza hut taman melawati je... sesambil nak rasa pizza baru tu. ni first time bawak fathi ... orang makan, dia pun bising gak nak ... hah nganga je la hehe ...

Tragedi Hari Raya ke 4


Hari raya ke 4 kitorang sekeluarga gi beraya kat Kota Tinggi, hasratnya nak gi 5-6 umah, but kiter hanya merancang, Allah yang menentukan.

Baru raya satu rumah tetiba kat jalan besar dari air tawar 3 nak ke air tawar 4, sebijik kereta kancil bengong masuk jalan kitorang. Dekat sesangat ... dah memang tak sempat elak, begesel ngan kancil tu, tayar dedua pecah ... then ven tu lost control and masuk jalan sebelah. Nak tambah cerita ... kereta wira dari arah depan pun sampai... bedentum ler ... aku kat belakang nasib baik sempat pegang kerusi... amin terbang jatuh kerusi ... nizam punya tangan bedarah kena cermin pecah ... huda plak terantuk kat kerusi depan ... bedarah mulut ... fathi nasib baik huda peluk ... kalu tak terbang jugak ..

pakcik yang bawak kereta kancil tu dengan blur-blur nya tak tau pe jadi. dia cakap tak sedar memula ... but dah lama ramai sangat setan hasut, dia tak ngaku plak salah dia... isyk aku memang nak marah rasa... kena plak polis pun back up dia ... dah la dia tak de pape... kalu kitorang tak elak tadi ... memang dah arwah pakcik tu ... sobo je la...

gi mahkamah aku cakap kat ayah tak yah ngaku ... pastu aku tulis surat complain kat seme balai polis ... padan muka IO yang wat siasatan tu .. skang kes tengah pending ... diorang nak wat siasatan semula ...




Aidil Fitri 1428, 2007

Tahun ni beraya kat Pahang. bertolak dari Gombak kul 4 pagi, ingat tak nak tersangkut dalam jam, tapi still gak jam... cuma nyer tak teruk sangat la.


berenti semayang subuh kat highway pantai timur. sampai maran dalam kul 9 pagi. time tu mok de tengoh bako lemang... so tolong -tolong nyebuk la ... hehe


pagi raya sambut kat Lubuk Paku, ramai gak yang ade... su pun balik... mak je sampai lambat. sebab tu gambo dia tak der ... huhu